Showing posts with label Skema Tingkatan 1. Show all posts
Showing posts with label Skema Tingkatan 1. Show all posts

Friday, April 10, 2020

Ting 1 : Skema Jawapan Latihan 9/4/2020

Bab 2 
2.1.2 - Penjanaan Idea Reka Bentuk untuk Penyelesaian Masalah

Latihan


1. Ada pelbagai cara untuk menenal pasti masalah. Nyatakan 6 cara yang berkaitan.

a) pembacaan
b) pengalaman orang lain
c) pengalaman diri sendiri
d) kajian
e) uji kaji
f) rungutan orang ramai


2. Senaraikan 3 langkah penjanaan idea reka bentuk selain dari yang diberikan.

a) meniru apa sahaja di persekitaran dan menukarkannya kepada dalam bentuk produk
b) menterbalikkan fungsi sesuatu alat
c) menukar saiz objek
d) menterbalikkan kedudukan


3. Perhatikan gambar di bawah.


Langkah penjanaan idea manakah yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi produk di atas?

         menukar saiz objek           








<<<<<<<<<<<< Selamat Menjawab >>>>>>>>>>>>>>>
#dudukdirumah    #belajardirumah    #hargaimasakeluarga
.
.
.
.
.


Ting 1 : Skema Jawapan Latihan 8/4/2020

Bab 2 
2.1.1 - Definisi Pengurusan Projek Reka Bentuk

Latihan

1. Nyatakan definisi pengurusan projek reka bentuk.
Pengurusan projek reka bentuk merupakan aktiviti kerja yang melibatkan proses kerja iaitu skop kerja, tempoh masa dan kos projek


2. Pengurusan projek terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu:

a) Skop kerja
b) Tempoh masa
c) Kos projek


Skop Kerja

3. Skop kerja terdiri daripada skop produk  dan skop projek


4. Skop produk melibatkan kualiti, ciri dan reka bentuk yang dikehendaki.


5. Skop projek pula melibatkan kepimpinan dan pengurusan terhadap perkara-perkara berikut:

a) masa
b) bahan
c) maklumat
d) ruang
e) ahli kumpulan


Tempoh Masa

6. Jika projek dapat disiapkan dalam tempoh yang dipersetujui, pengurusan projek itu boleh dianggap sangat _______________________

a) baik dan lambat
b) buruk dan lambat
c) baik dan membazir
d) baik dan cekap


Kos Projek

7. Kos projek melibatkan peruntukan kewangan bagi menjayakan projek.


8. Peruntukan kewangan bermaksud urusan yang melibatkan:

a) pembayaran upah
b) pembelian bahan
c) peralatan
d) sewaan
e) insurans
f) perbelanjaan mengurus projek


9. 5 komponen pengurusan projek reka bentuk yang baik ialah:

a) mengawal pelaksanaan
b) mengawal selia sumber terhad
c) menentukan bilangan produk
d) menyediakan pelan atau lukisan reka bentuk projek
e) merancang aktiviti projek



<<<<<<<<<<<< Selamat Menjawab >>>>>>>>>>>>>>>
#dudukdirumah    #belajardirumah    #hargaimasakeluarga

.