Thursday, April 2, 2020

(2/4/2020) LATIHAN RBT TINGKATAN 1


Salin semula latihan ini di dalam buku/kertas. Kemudian jawab kesemua soalan.
Pastikan pelajar menulis hari dan tarikh di dalam buku/kertas. Selamat menjawab.
_______________________________________________________________________

1. Pernyataan yang manakah merupakan definisi reka bentuk dan teknologi?

A Aplikasi ilmu sains dan teknologi ke dalam    
    produk tertentu
B Penghasilan produk yang dapat
    memudahkan urusan manusia
C Penyusunan bahan secara terancang bagi
    menghasilkan produk
D Gabungan pengetahuan tentang
    penyusunan bahan secara terancang
    dengan ilmu sains dan matematik



2. Manakah prinsip reka bentuk bagi sesebuah produk?
I     Warna
II    Garisan
III   Harmoni
IV  Pengulangan

A  I dan II
B  I dan IV
C  II dan III
D III dan IV

3. Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri sejenis warna.


 ·         Memberi kesan cahaya yang rendah
·         Memberi kesan redup, damai dan tenang


    Apakah jenis warna yang mempunyai ciri-ciri di atas?
    A  Merah
    B  Kuning
    C  Jingga
    D  Ungu


4.  Apakah kriteria reka bentuk yang baik?
A  Menghasilkan produk yang berkualiti
B  Produk dihasilkan daripada dua projek
    asas
C  Produk yang dihasilkan telah berada di
    pasaran
D  Produk dijual tanpa mengenal pasti
    kesan kepada kesihatan pengguna

5.  Antara berikut, yang manakah adalah teknik pembinaan objek?
I    Penyambungan
II   Pembuangan
III  Pengasingan
IV  Peleraian

A  I dan III
B  I dan IV
C  II dan III
D II dan IV

No comments:

Post a Comment

.