Thursday, April 2, 2020

(2/4/2020) LATIHAN RBT TINGKATAN 2

Salin semula latihan ini di dalam buku/kertas. Kemudian jawab kesemua soalan.
Pastikan pelajar menulis hari dan tarikh di dalam buku/kertas. Selamat menjawab.
_________________________________________________________________________

1.       Inovasi ialah pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih
          I.          baik
          II.       menjimatkan
          III.     mesra pengguna
          IV.    susah

          A. I dan II
          B. I, II dan III
          C. 1,II dan IV
          D. I, II, III dan IV  


2.      Penjanaan idea reka bentuk produk buaian gantung berdasarkan penemuan sarang    
         burung tergantung di Hutan Amazon merupakan idea yang dijana melalui langkah
          A.     menukar saiz objek
          B.     meniru persekitaran
          C.     menterbalikkan fungsi sesuatu objek
          D.     menterbalikkan kedudukan sesuatu objek
 

3.       Projek brief ialah proses ________________ antara pengurus projek dengan 
pelanggan.
          A.   lakaran bebas
          B.   perbincangan awal
          C.   penilaian lakaran
          D.   perbincangan akhir    



4.      Nyatakan definisi yang betul bagi masalah inventif.

A.       Masalah yang sukar untuk diselesaikan
B.        Masalah yang berkait dengan aspek kehidupan
C.        Masalah yang mempunyai kesan sampingan selepas penambaikkan
D.       Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan selepas penambaikkan



5.      Teknologi pembuatan produk ialah satu kaedah menghasilkan produk sama ada menggunakan alatan tangan atau ______________.

A.     mesin
B.     elektrik
C.     jentera
D.     teknologi asas


No comments:

Post a Comment

.